JADUAL KEEMPAT
(SUBPERENGGAN 6(1)(m)(ii))
AKTA INDUSTRI PELANCONGAN
PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PELANCONGAN
(PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN DAN
PERNIAGAAN AGENSI PENGEMBARAAN) 1992
TERMA DAN SYARAT SERAGAM BAGI PAKEJ PELANCONGAN KE LUAR NEGERI
7. Bayaran Balik untuk Perkhidmatan yang tidak digunakan
Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat kepada mana-mana anggota berkenaan dengan tambang kapal terbang, penginapan, makanan, lawatan bersiar-siar, pengangkutan atau mana-mana perkhidmatan lain yang termasuk dalam tambang tetapi tidak digunakan oleh anggota pelancongan atas sebab peribadi.
9. Kemungkinan Pertukaran
Jadual syarikat penerbangan atau keadaan tempatan mungkin memerlukan lawatan bersiar-siar, hotel dan laluan diubah. Jika ini berlaku, syarikat hendaklah membuat perkiraan alternatif bergantung keadaan tempatan.
10. Hak untuk menolak penempahan
Syarikat berhak untuk membatalkan atau menarik balik apa-apa jadual perjalanan, atau tempahan yang telah dibuat untuk pelanggan atau enggan menerima atau mengekalkan seseorang menjadi anggota pelancongan sekiranya dia didapati membahayakan kesihatan atau keselamatan atau mengurangkan keselesaan atau keseronokan anggota yang lain dalam pelancongan itu. Syarikat juga berhak membatalkan tempahan jika atas apa-apa sebab, mana-mana pembawa, hotel atau kontraktor lain enggan untuk membenarkan mana-mana peserta menyertai pelancongan itu. Dalam mana-mana keadaan sedemikian tanggungjawab adalah semata-mata untuk memulangkan semula kepada anggota pelancongan itu wang yang telah dibayar setelah ditolak amaun perkhidmatan yang telah digunakan dan fi perkhidmatan dan fi pembatalan.