Myway Haramain Travel Services Sdn Bhd (1214412-V) telah ditubuhkan di atas impian dan inspirasi Pengerusi Syarikat Ab Hakimee Bin Abdullah pada 4 Januari 2017.
Myway Haramain Travel menawarkan pelbagai pakej pelancongan dan mensasarkan pelbagai segmen peserta yang terdiri daripada agensi kerajaan, badan korporat, syarikat-syarikat perniagaan, badan berkanun, NGO dan masyarakat awam di Malaysia dan negara Asia sekitar.
Selain penawaran pelbagai pakej pelancongan, Myway Haramain Travel Services Sdn Bhd juga menawarkan perkhidmatan tempahan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa, tempahan hotel dalam dan luar negara, pakej umrah & ziarah, penyewaan kenderaan, pakej-pakej pelancongan domestik dan antarabangsa dengan layanan yang istimewa.
Myway Haramain Travel Services Sdn Bhd telah diiktiraf dan didaftarkan di bawah Kementerain Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (KPK/LN: 8631), berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan menjadi ahli kepada Persatuan Agensi Pelancongan Bumiputera Malaysia atau BUMITRA (No Ahli : 805), ahli kepada Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji atau PAPUH dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa atau IATA (No Ahli : 20320716).