Terma & Syarat  >

Terma & Syarat

Terma & Syarat Tambahan Myway Haramain Travel Services Sdn Bhd

1. Aturcara Pakej

a.

Tiada Jaminan Kesesuaian Aturcara

Syarikat MWHTSSB berusaha memberikan perkhidmatan terbaik, namun tiada jaminan bahawa semua aturcara yang disediakan adalah tidak berisiko dan sesuai untuk semua peringkat umur.

b.

Pertukaran Aturcara
Tertakluk kepada peraturan 9 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992, sekiranya berlaku pertukaran aturcara dan MWHTSSB terpaksa mengadakan aturcara alternatif sebagai ganti, MWHTSSB tidak bertanggungjawab untuk memastikan bahawa aturcara alternatif tersebut menyamai kos atau mempunyai nilai yang serupa dengan aturcara asal yang diganti.

2. Tiket Penerbangan

Pakej adalah termasuk tiket penerbangan dari KLIA Terminal 1 / Terminal 2 ke destinasi yang dituju sahaja tetapi tidak termasuk tiket penerbangan domestik ke KLIA Terminal 1 / Terminal 2. Walaupun surat pengesahan berserta jadual penerbangan telah dicetak, jadual tersebut masih tertakluk kepada pindaan oleh syarikat penerbangan. Oleh yang demikian, sekiranya berlaku sebarang perubahan atau pindaan jadual penerbangan, MWHTSSB tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menanggung sebarang ganti rugi termasuk tetapi tidak terhad kepada mengganti rugi bayaran perubahan tiket domestik,  hotel tambahan atau lain-lain kesusahan akibat dari pindaan tersebut. MWHTSSB juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan ganti rugi yang timbul akibat dari pertukaran jadual, kelewatan, pembatalan, missed connection,  masalah mekanikal, cuaca buruk, penyusunan semula tempat duduk di dalam penerbangan, kehilangan / kelewatan bagasi, kelewatan pemeriksaan imigresen dan / atau penolakan menaiki penerbangan oleh syarikat penerbangan.

3. Penginapan Hotel

a.

Klasifikasi Penginapan

Taraf bintang hotel yang dinyatakan di dalam mana-mana iklan, brosur atau surat menyurat dari MWHTSSB adalah pentarafan yang diberikan oleh pihak hotel tersebut kepada MWHTSSB sebagai rujukan sahaja. Pentarafan hotel dan jumlah bintang mungkin berbeza dari satu negara ke negara yang lain.  MWHTSSB tidak boleh memberi sebarang jaminan tentang kesesuaian hotel tersebut mengikut pentarafan hotel seperti yang diiklankan. Pelanggan tidak boleh membatalkan pakej anda di atas alasan kekhilafan pentarafan hotel.

b.

Perubahan hotel

MWHTSSB berhak untuk mengubah hotel penginapan dari hotel yang dinyatakan di dalam brosur atau surat pengesahan pakej di atas sebab-sebab tiada kekosongan atau masalah kerosakan bilik dengan syarat notis awal dimaklumkan kepada pelanggan sekurang-kurangnya 24jam dari tarikh masuk ke hotel tersebut. Sekiranya berlaku,  MWHTSSB tidak memberi jaminan tetapi akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan hotel penginapan ganti yang setaraf harga atau lebih baik. MWHTSSB tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti bagi sebarang masalah yang timbul akibat dari penggantian hotel penginapan tersebut.

c.

Polisi hotel

Polisi mengenai waktu daftar masuk (check in) atau daftar keluar (check out) hotel penginapan adalah berbeza mengikut polisi hotel berkenaan. MWHTSSB tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti kesusahan yang dialami pelanggan akibat dari kuatkuasa polisi daftar masuk dan daftar keluar hotel berkenaan.

d.

Jenis dan klasifikasi bilik

Jenis dan klasifikasi bilik termasuk ameniti (kemudahan) yang disediakan di dalam bilik tersebut adalah berbeza mengikut hotel dan negara destinasi. MWHTSSB tidak memberi jaminan bahawa bilik penginapan anda akan sama seperti yang digambarkan di dalam iklan atau brosur kami. MWHTSSB tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti kesusahan yang dialami pelanggan akibat dari perbezaan jenis dan klasifikasi bilik yang diterima pelanggan atau disebabkan oleh kekurangan ameniti yang ada di dalam bilik tersebut.

4. Pengesahan Maklumat Butiran Pakej Yang Betul

Pelanggan dikehendaki menyemak maklumat mengenai pakej yang ditempah sebelum membuat pembayaran pendahuluan termasuk tetapi tidak terhad kepada harga pakej, tarikh penerbangan pergi dan balik serta waktu berlepas dan ketibaan, pakej yang dipilih termasuk hotel penginapan dan jenis bilik yang dipilih dan lain-lain maklumat seperti yang tertera pada resit pembayaran dan/atau surat pengesahan.

Pelanggan dianggap telah bersetuju dengan semua maklumat di dalam resit atau surat pengesahan dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang risiko atau kos tambahan pada pakej yang dipilih sekiranya pelanggan gagal melaporkan sebarang kesilapan atau peninggalan di dalam butiran pakej yang dipilih dalam tempoh 24jam dari tarikh resit atau surat pengesahan dikeluarkan.

5. Ketepatan Butiran Atau Maklumat Peribadi Semasa Penempahan Pakej

Semasa penempahan pakej, semua butiran yang diberi kepada MWHTSSB adalah maklumat yang akan diguna pakai oleh syarikat bagi menyempurnakan pakej yang dilanggani. Pelanggan dikehendaki menyemak semua butiran/maklumat peribadi sendiri sebelum membuat pembayaran pendahuluan dan sekiranya tiada pembetulan dibuat, semua maklumat diberi adalah dianggap benar dan muktamad.

MWHTSSB tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi sebarang kejadian atau masalah yang timbul akibat dari kesilapan butiran atau maklumat peribadi yang diberi oleh pelanggan.

Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengisytiharkan tahap kesihatan diri sendiri sebelum membuat pembayaran pendahuluan. MWHTSSB berhak untuk menolak tempahan pelanggan sekiranya tahap kesihatan pelanggan didapati membahayakan kesihatan dan keselamatan diri sendiri atau mengurangkan keselesaan atau keseronokan anggota lain di dalam kumpulan pelancongan yang dipilih.

Sekiranya pelanggan memerlukan bantuan disebabkan oleh tahap kesihatan pelanggan itu sendiri, pelanggan diwajibkan membawa ahli keluarga lain untuk membantu sepanjang perjalanan dan membawa sendiri peralatan bantuan seperti kerusi roda dan ubat-ubatan sendiri.

MWHTSSB tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menjaga pelanggan secara peribadi atau memberikan ubat-ubatan sekiranya pelanggan sakit. Jika keadaan pelanggan memerlukan penjagaan secara peribadi, MWHTSSB berhak mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan bagi mengupah pihak ketiga untuk menjaga pelanggan.

6. Pembayaran Pakej

MWHTSSB hanya menerima pembayaran secara tunai, kredit kad atau cek persendirian. MWHTSSB berhak menahan penempahan pakej pelanggan sehingga penunaian bayaran pendahuluan melalui cek persendirian. MWHTSSB tidak bertanggungjawab sekiranya pakej yang ditempah pelanggan telah habis dijual akibat kelewatan penunaian cek persendirian pelanggan.

a.

Bayaran pendahuluan

Pelanggan perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM1,000 seorang untuk tempahan. Jika pelanggan gagal membuat bayaran pendahuluan dalam masa 7 hari selepas tempahan, MWHTSSB berhak melucutkan hak kuantum pelanggan untuk dijualkan ke pelanggan yang lain.

b.

Bayaran penuh

Pelanggan perlu menjelaskan bayaran penuh 30 hari sebelum tarikh berlepas. Bagi pembayaran penuh pakej yang kurang dari 7 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan, MWHTSSB berhak untuk menolak pembayaran secara cek persendirian dan sekiranya tiada pembayaran pakej secara tunai dibuat, boleh mengakibatkan pakej pelanggan terbatal secara tidak langsung dan mana-mana bayaran pakej yang telah dibayar dilucutkan mengikut Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992.

7. Perlindungan Insurans Perjalanan Tambahan

MWHTSSB menyediakan perlindungan takaful individu seperti yang dinyatakan dalam brosur.  Sepertimana peruntukan peraturan 12 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992, pelanggan adalah sangat disarankan untuk mengambil insurans perjalanan tambahan untuk melindungi perjalanan pelanggan. Pelanggan juga bebas memilih syarikat insurans yang bersesuaian dengan keperluan dan jenis perlindungan yang terbaik.

Jika pelanggan memilih untuk tidak mengambil insurans perjalanan tambahan, ianya bermaksud pelanggan telah mengetahui dan bersetuju untuk menerima liabiliti dan risiko penalti pembatalan, ganti rugi dan perbelanjaan tambahan di luar jangkaan tetapi tidak terhad kepada perbelanjaan kecemasan perubahan semasa perjalanan.

Sekiranya pelanggan telah membeli insurans tambahan, pelanggan dinasihatkan supaya menyemak semula terma dan syarat yang terkandung dalam polisi insurans tersebut bagi memastikan bahawa perlindungan yang diperolehi mencukupi.

8. Myway Haramain Travel Services Sdn Bhd Sebagai Pihak Ketiga/Pihak Berkecuali

MWHTSSB adalah hanya perantara di antara pelanggan dan syarikat-syarikat penerbangan, hotel penginapan, pengangkutan dan/atau pembekal perkhidmatan (ground supplier). MWHTSSB adalah bukan pemilik atau pengendali mana-mana syarikat penerbangan atau pengangkutan, hotel penginapan atau mana-mana tempat lawatan atau mana-mana pembekal yang berkaitan dengan pakej pelanggan.

Oleh yang demikian, MWHTSSB tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi apa-apa kehilangan, kerosakan, kelewatan, kesusahan atau kecederaan yang menimpa anda akibat dari pecah kontrak, peninggalan samada disengajakan atau tidak atau kecuaian oleh syarikat penerbangan, syarikat hotel penginapan, syarikat pengangkutan dan pembekal perkhidmatan (ground supplier)

Pelanggan dinasihatkan supaya membaca dengan teliti terma dan syarat tambahan ini sebelum bersetuju untuk melanggani pakej umrah atau percutian MWHTSSB.

Terma dan syarat ini adalah tambahan kepada peruntukan terma dan syarat di dalam Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992. Ianya tidak mengurangkan kuatkuasa peruntukan Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 dan di mana terdapat sebarang percanggahan, terma dan syarat di dalam Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 adalah terpakai. Sebaik sahaja pelanggan membayar wang pendahuluan dan/atau menandatangani persetujuan untuk melanggani pakej umrah atau percutian MWHTSSB, pelanggan telah terikat melalui kontrak dengan pihak MWHTSSB dan dianggap telah membaca dan bersetuju dengan semua terma dan syarat tambahan ini.