Naik Taraf Tiket Kelas Ekonomi Kepada Kelas Perniagaan – SV
(Berkumpulan )
- Pelanggan yang menaik taraf tiket penerbangan kepada kelas perniagaan, tempahan hanya akan dilakukan selepas tiket penerbangan kelas ekonomi dikeluarkan.
- Tempat duduk dan jenis kelas tertakluk kepada kekosongan semasa.
- Bayaran deposit minima RM5,000 perlu dibuat ketika permohonan naik taraf, bayaran penuh harga tambahan perlu dibuat selewatnya 45 hari sebelum penerbangan.
- Tempahan hanya sah selama 1 jam sahaja. Sekiranya tiada pembayaran deposit naik taraf dibuat, tempahan akan terbatal. Tempahan baru perlu dibuat semula dan tertakluk kepada kekosongan tempat duduk.
- Sekiranya tiada jenis kelas yang sama ketika penerbangan pergi dan balik, pelanggan dicadangkan mengambil kelas berbeza dan harga akan berubah mengikut jenis kelas.
- Harga tertakluk kepada perubahan semasa syarikat penerbangan.