Terma & Syarat  >

Terma & Syarat

Terma & Syarat Penempahan

  1. Pelanggan perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak syarikat atau wakil syarikat yang sah untuk mendapatkan maklumat kekosongan pada tarikh yang dipilih serta mendapatkan maklumat lengkap mengenai pakej tersebut.
  2. Pembayaran hanya boleh dibuat melalui pindahan atas talian (online transfer) di atas nama Myway Haramain Travel Services Sdn Bhd melalui nombor akaun MAYBANK ISLAMIC: 5642 2164 0899. Pembayaran melalui pihak ketiga tidak diterima. Bukti pembayaran perlu diserahkan kepada pihak syarikat.
  3. Semua pakej umrah tertakluk kepada syarat kelulusan visa dari kerajaan Arab Saudi.
  4. Aturcara perjalanan  dan lawatan yang ditawarkan tertakluk kepada perubahan SOP semasa oleh kerajaan Arab Saudi.
  5. Setiap pelanggan diwajibkan mempunyai telefon pintar yang menyokong aplikasi Nusuk. Aplikasi ini wajib dimuat turun oleh pelanggan untuk digunapakai di Arab Saudi.
  6. Pihak pengurusan Myway Haramain Travel Services Sdn Bhd berhak untuk menolak, mengubah, meminda, memadam atau menambah terma dan syarat yang dinyatakan atau menarik balik sebarang promosi pada bila-bila masa tanpa notis.

Naik Taraf Tiket Kelas Ekonomi Kepada Kelas Perniagaan – SV (Berkumpulan )

  1. Pelanggan yang menaik taraf tiket penerbangan kepada kelas perniagaan, tempahan hanya akan dilakukan selepas tiket penerbangan kelas ekonomi dikeluarkan.
  2. Tempat duduk dan jenis kelas tertakluk kepada kekosongan semasa.
  3. Bayaran deposit minima RM5,000 perlu dibuat ketika permohonan naik taraf, bayaran penuh harga tambahan perlu dibuat selewatnya 45 hari sebelum penerbangan.
  4. Tempahan hanya sah selama 1 jam sahaja. Sekiranya tiada pembayaran deposit naik taraf dibuat, tempahan akan terbatal. Tempahan baru perlu dibuat semula dan tertakluk kepada kekosongan tempat duduk.
  5. Sekiranya tiada jenis kelas yang sama ketika penerbangan pergi dan balik, pelanggan dicadangkan mengambil kelas berbeza dan harga akan berubah mengikut jenis kelas.
  6. Harga tertakluk kepada perubahan semasa syarikat penerbangan.

Tempahan Tiket Kelas Perniagaan – SV (Individu )

  1. Tempahan boleh dibuat terus tanpa menunggu tiket ekonomi dikeluarkan.
  2. Tempat duduk dan jenis kelas tertakluk kepada kekosongan semasa.
  3. Bayaran deposit minima RM5,000 tiket penerbangan (INDIVIDU) perlu dijelaskan ketika memohon. Bayaran penuh perlu dijelaskan 45 hari sebelum
    penerbangan. Salinan muka depan passpot perlu diberikan bersama.
  4. Sekiranya tiada jenis kelas yang sama ketika penerbangan pergi dan balik, pelanggan dicadangkan mengambil kelas berbeza dan harga akan berubah mengikut jenis kelas.
  5. Harga tertakluk kepada perubahan semasa syarikat penerbangan.

Naik Taraf Tiket (MH) Kelas Perniagaan

  1. Tempat duduk tertakluk kepada kekosongan semasa.
  2. Bayaran deposit minima RM3,000 perlu dibuat ketika permohonan naik taraf dilakukan, bayaran penuh harga tambahan perlu dibuat selewatnya 50 hari sebelum penerbangan.
  3. Harga tertakluk kepada perubahan semasa syarikat penerbangan.

Terma Dan Syarat Umum Keretapi Laju (HHR)

  1. Harga pakej HHR yang ditawarkan adalah perjalan sehala berdasarkan musim biasa.
  2. Harga pada musim puncak dan Ramadan mungkin berbeza tertakluk kepada perubahan harga semasa syarikat HHR dan syarikat pengendali pengangkutan di Arab Saudi.
  3. Pelanggan hanya ditawarkan pakej perjalanan dari stesen Madinah ke stesen Makkah dan sebaliknya sahaja.
  4. Pelanggan perlu membuat bayaran penuh harga tempahan ini ketika memohon.
  5. Sebarang perubahan atau pembatalan tempahan tertakluk kepada terma dan syarat syarikat HHR dan pengendali pengangkutan serta kos yang terlibat.
  6. Sebarang perubahan harga tiket HHR tertakluk pada perubahan semasa dan caj perubahan harga tersebut akan dikenakan.

Terma Dan Syarat HHR

  1. Kanak-kanak yang berusia 2 hingga 12 tahun mesti ditemani oleh orang dewasa yang berusia 18 tahun ke atas dalam kumpulan. Bayi bawah umur 2 tahun mesti ditemani oleh orang dewasa pada nisbah 1:1.
  2. Bayi bawah umur 2 tahun tiada tempat duduk dalam Kelas Perniagaan atau Kelas Ekonomi.
  3. Pelanggan hanya dibenarkan membawa satu bagasi utama bersaiz 65x55x35cm atau yang lebih kecil saiznya ketika menaiki HHR. Berat maksima bagasi ialah 25kg. Tempat daftar masuk bagasi akan dibuka 2 jam sebelum berlepas.
  4. Pelanggan dibenarkan membawa beg tambahan seperti beg silang, beg komputer riba, beg kamera atau yang sama sepertinya. Pelanggan mesti membawa pasport ketika dalam perjalanan untuk pengesahan nama dan umur.
  5. Pelanggan bertanggungjawab memegang tiket yang sah untuk keseluruhan perjalanan.
  6. Pejabat tiket akan ditutup 20 minit sebelum berlepas untuk jualan dan pertanyaan berkaitan perkhidmatan berlepas.
  7. Demi keselamatan, kanak-kanak mesti diawasi pada setiap masa.
  8. Pelanggan berhak mendapat bayaran balik dan/atau pampasan selaras dengan komitmen Piagam Penumpang HHR apabila perkhidmatan dibatalkan atau ditangguhkan melebihi 2 jam jika keadaan dalam kawalan HHR (tertakluk kepada HHR)
  9. Apabila perkhidmatan dibatalkan kerana situasi tidak dijangka, HHR akan dikecualikan daripada memberi pampasan kepada pelanggan selaras dengan Piagam Penumpang, selain daripada menyediakan bayaran balik penuh kepada pelanggan.
  10. Jika pelanggan datang lewat ke pintu masuk, kemasukkan akan ditolak oleh HHR dan tiada pulangan bayaran tiket.
  11. Semua tiket tidak boleh dipindah milik, dan hanya boleh digunakan oleh orang yang dinamakan pada tiket.
  12. Pihak HHR berhak untuk meminda harga tiket pada bila-bila masa.
  13. HHR juga berhak untuk membatalkan, meminda atau menjadualkan semula sebarang tawaran promosi tanpa notis. Pelanggan dilarang membawa senjata dan barang yang tajam (gunting/pisau/dll).
  14. Makanan dan minuman luar tidak dibenarkan dibawa ke dalam HHR.

Perubahan & Pembatalan Tiket HHR

  1. Tidak dibenarkan.