Terma & Syarat  >

Terma & Syarat

Terma & Syarat Pakej Umrah

Bayaran

  • Wang pendahuluan sebanyak RM1,000 seorang
  • Bayaran penuh 30 hari sebelum penerbangan
  • Kegagalan membuat pembayaran penuh akan menyebabkan tempahan terbatal secara tidak langsung

Perubahan Harga Pakej Mengikut Pertukaran Mata Wang Asing

  • Harga pada brosur ini adalah mengikut nilai matawang MYR semasa berbanding USD & SAR.
  • Sekiranya ada perubahan harga mengikut nilai matawang semasa, pihak syarikat Myway Haramain Travel Services berhak menaikkan harga pakej tanpa notis.

Pembatalan Tempahan

  • Pembatalan tempahan adalah seperti dibawah :
    • 60 hari sebelum penerbangan 30%
    • 30 hari sebelum penerbangan 70%
    • 15 hari sebelum penerbangan 100%
  • Jemaah yang berstatus senarai hitam dan sekatan ke luar negara, bayaran tidak akan dikembalikan.

Nota : Jumlah bayaran balik adalah bergantung kepada budi bicara pihak kami dengan anda

Dokumen Perjalanan

  • Pasport Antarabangsa (Sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh berlepas)
  • Salinan kad pengenalan

Visa

Visa Umrah

  • Gambar ukuran visa umrah (6cm x 4cm) – soft copy
    • Berlatar belakang warna putih
    • Tidak bersongkok/kopiah/topi/berpurdah
    • Bertudung gelap bagi wanita / berbaju gelap bagi lelaki
  • Buku suntikan umrah – Meningitis “ACYW 135” (digalakkan untuk mengambil suntikan)
  • Salinan Sijil Nikah bagi pasangan suami isteri yang berumur dibawah 45 tahun*
  • Salinan Sijil Kelahiran / Surat Beranak bagi bawah 18 tahun ke bawah**
  • Salinan Sijil lahir suami/isteri (bersama mertua)**

*Perlu dapatkan cop pengesahan dari Jabatan Agama Islam
**Perlu dapatkan cop pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara & Wisma Putra
Dokumen perjalanan perlu diserahkan selewat-lewatnya 30 hari sebelum berlepas

Visa Pelancongan

  • Gambar ukuran visa umrah (6cm x 4cm) – soft copy
    • Berlatar belakang warna putih
    • Tidak bersongkok/kopiah/topi/berpurdah
    • Bertudung gelap bagi wanita / berbaju gelap bagi lelaki

Tanggungjawab

  • Pihak syarikat Myway Haramain Travel Services Sdn Bhd bertanggungjawab menyediakan hotel dan segala keperluan yang terdapat dalam aturcara rombongan, semasa di tanah suci. Tetapi, pihak syarikat tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan, kecederaan, kerosakan atau apa-apa yang berkaitan dengan tempat penginapan, pengangkutan, lebihan bagasi atau lain-lain yang berhubung kecuaian jemaah.
  • Pihak syarikat berhak menukar aturcara perjalanan, tempat penginapan dan lain-lain sekiranya perlu, terpaksa atau tidak tanpa notis.
  • Segala aduan berkaitan rombongan umrah mestilah dibuat secara bertulis dan diserahkan kepada wakil syarikat jika berada di tanah suci.
  • Para Jemaah perlu pantau bagi setiap maklumat yang dikongsikan dalam “group whatsapp” selepas tempahan dibuat.